homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
السلامعليکم
Saya tertarik dgn kata-kata ini dr blog "Perindusyuga" iaitu 

Ya Allah,
Banyaknya dosaku,
Tak malunya aku,
Masih berani menghirup udaraMu,
Hidup dalam nikmatMu,
Tetapi aku masih tak henti-henti bermaksiat di hadapanMu,
Ampuni aku Ya Allah.

Apa yg saudara/saudari rasa bila baca kata-kata di atas? sentap? malu? sedar?
Walau apapon yg saudari/saudara rasa, itu menandakan jiwa dan hati saudara/saudari masih hidup. Itu normal, kalau x normal, hati n jiwa x rasa pape. 

Kita manusia yg x lari dri buat silap. Silap itu sama ada yg kite sengaje, atau x sengaje, atau sedar, atau juga x sedar. Allah itu maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka. Belum terlambat untk berubah dan kembali ke jalanNya. 

Tadi, saya ada tgk satu video yg bertajuk "Rasulullah menangis di Padang Mahsyar". Saudara/saudari boleh tgk di youtube. taip je tajuk di atas.
Sayu, rasa bersalah, sedih bila tgk video tu. Manusia yg pertama dibangkitkan dr kubur ialah Rasulullah. Sebaik sahaja Nabi bangun, bukan isteri, bukan anak, bukan dirinya yg dia tanya, tetapi UMATnya. siapa umatnya? KITA. umat akhir zaman iaitu umat yg sgt lemah. 

Betapa besar kasihnya nabi pada kita. Daripada saat nabi hendak menghembuskan nafaz terakhir n saat nabi dibangkitkan, perkata pertama yg dia tanyakan kepada malaikat ialah UMATnya. Sedih nabi melihat keadaan umatnya di padang mahsyar, apatah lagi ketika melalui sirat. 

Kalau begitu kasihnya nabi pada kita, bagaimana kasihnya kita pada nabi? dgn dosa yg seluas lautan masih mengaku diri itu umat nabi Muhammad? Belum terlambat utk kita berubah. Berpegang teguhlah pada al-quran & sunnah, insyaAllah kita x kan sesat. 


POSTED BY ida dayana ON Sunday, 23 September 2012 @ 22:58
back | ~islam.itu.indah~ | forth